Legasi anda, amanah kami. Kami bantu keluarga anda menyelesaikan urusan faraid, wasiat dan hibah — tanpa kerumitan, tanpa pertikaian.
Kematian mengejut yang meninggalkan keluarga keliru tentang cara menguruskan harta.
Perbalahan antara adik-beradik akibat perebutan pusaka.
Tuntutan harta yang bercelaru antara isteri dan keluarga mertua.
Hak waris yang tersembunyi atau tidak dimaklumkan.
Kos tinggi dan tersembunyi, tempoh yang panjang sehingga bertahun, serta pengurusan dokumen yang membebankan.
Tanpa perancangan yang teliti dan adil, pertelingkahan antara ahli keluarga sukar dielakkan.
Ramai tidak tahu perlu berurusan dengan siapa, di mana, dokumen apa yang diperlukan — atau tiada masa untuknya.
Langkah-langkah yang jelas dan senang diikuti, disesuaikan dengan situasi keluarga anda.
Tidak perlu rasa pening dan bimbang lagi. Konsultan kami membantu menyelesaikan setiap persoalan anda, satu per satu.
Kami uruskan dokumen dan khidmat nasihat dari awal sehingga selesai — anda fokus pada keluarga, bukan kertas kerja.
Setiap kes berbeza, tetapi setiap keluarga melalui laluan yang sama — jelas, telus, dan diiringi sehingga selesai.
Konsultasi secara PERCUMA atau BERBAYAR (Pakej Komprehensif). Kami bantu jawab dan selesaikan setiap persoalan anda.
Masukkan butiran waris dan harta untuk pengiraan faraid yang tepat mengikut hukum syarak.
Panduan digital untuk wasiat, perlantikan petisyen harta pusaka/wasi dan hibah — mengikut format yang sah di sisi undang-undang.
Permohonan urus pusaka dihantar secara online terus ke pejabat pusaka berkaitan — kami uruskan bagi pihak anda.
Semak status permohonan secara masa nyata. Kami maklumkan perkembangan sehingga selesai.
Proses digital menjimatkan masa — selesai dalam mingguan, bukan berbulan-bulan.
Sistem mengira faraid mengikut hukum syarak dan undang-undang semasa.
Dokumen penting disimpan secara digital dengan keselamatan tinggi.
Bantuan daripada pakar dan konsultan berpengalaman bila diperlukan.
Sistem yang jelas mengurangkan konflik waris — semua pihak faham pembahagian.
Tanpa mengira di mana anda berada, kami sedia membantu.
Wasiat Islam dan bukan Islam oleh pakar bertauliah, mengikut kehendak anda dengan pematuhan penuh undang-undang.
Pentadbiran pusaka dan peramanahan profesional yang menyeluruh — kami uruskan semua aspek untuk proses lancar.
Penyediaan dokumen hibah dan amanah untuk pengurusan harta semasa anda masih hidup.
Panduan ringkas untuk faham hak waris anda — ditulis berdasarkan kes sebenar yang kami uruskan.
Ramai keluarga keliru bila si mati hanya meninggalkan anak perempuan, atau bila anak lelaki tunggal meninggal dunia lebih awal. Kenali konsep Asobah dan 3 fungsi utamanya.
Ramai beranggapan perancangan pusaka hanya perlu bagi yang sudah berkahwin. Ketahui siapa berhak mewarisi apabila simati tidak berkahwin dan tiada anak.
Ramai menangguh kerana menyangka perlu peguam dan kos puluhan ribu. Kenali tiga saluran permohonan dan langkah asas menuntut harta pusaka.
Ketiga-tiganya bukan pilihan yang bersaing — ia bekerja pada masa berbeza. Ketahui bila setiap satu digunakan untuk melindungi keluarga anda.
"Tanah kami ada dalam satu geran dengan 4 nama penama — semuanya sudah meninggal dunia. Seorang waris tidak bersetuju dijual. Bahagiannya berjaya ditebus, dan tanah dapat dijual."
"Bapa meninggalkan seorang isteri dan 3 anak perempuan — anak lelaki tunggal meninggal lebih awal. Pindahmilik kenderaan berjaya diselesaikan dengan persetujuan semua waris."
"Abang meninggal dunia dalam keadaan bujang, dengan pelbagai harta. Keseluruhan harta berjaya dibahagikan sama rata mengikut hak kami."
"Pentadbir pusaka (anak lelaki tunggal) turut meninggal semasa proses. Cucu si mati mengambil alih, dan faraid diselesaikan mengikut wasiat yang diperakui."
"Kenderaan diwasiatkan kepada anak saudara, tetapi ibunya turut meninggal lebih awal. Pindahmilik berjaya diselesaikan sepenuhnya mengikut wasiat."
"Arwah suami warganegara Indonesia yang memegang kad pengenalan merah, meninggalkan 3 kenderaan tanpa wasiat. Keluarganya di Indonesia langsung tidak dapat dikesan. Kesemua kenderaan berjaya dipindahmilik kepada saya dan anak-anak."
Tempoh berbeza mengikut kerumitan kes — jumlah waris, jenis harta, dan sama ada semua waris bersetuju. Rujuk testimoni di atas untuk anggaran tempoh sebenar mengikut jenis kes.
Ini situasi biasa dan boleh diuruskan. Konsultan kami akan bantu terangkan pengiraan faraid secara telus kepada semua pihak, dan bimbing proses seterusnya termasuk tebusan bahagian jika perlu.
Kami sediakan kedua-dua pilihan — sepenuhnya online (WhatsApp/Zoom) atau bersemuka mengikut keselesaan anda.
Secara umum: kad pengenalan si mati dan waris, sijil kematian, dan butiran harta. Senarai lengkap diberikan semasa sesi konsultasi pertama.
Kos bermula dari RM100/jam untuk konsultasi sahaja, atau dari RM800 untuk Pakej Pengurusan Pusaka Online yang lengkap — disahkan semasa konsultasi percuma.
Ya. Semua dokumen disediakan mengikut format yang diiktiraf, dan permohonan dihantar terus ke pejabat pusaka berkaitan mengikut prosedur rasmi.
Boleh, dan digalakkan. Perancangan awal melalui wasiat dan hibah adalah cara terbaik untuk elak pertikaian dan pastikan harta diagihkan mengikut kehendak anda.
Faraid — pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak selepas kematian. Wasiat — arahan bertulis tentang pengagihan sebahagian harta (maksimum 1/3). Hibah — pemberian harta semasa masih hidup.
Perancangan pusaka hari ini adalah warisan aman untuk waris esok. Biar kami bantu dalam urusan pusaka anda demi ketenangan dunia dan akhirat.
Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang